KUCHING: Para penjaja akur arahan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember depan demi keselamatan semua.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu, ia menjejas peniagaan penjaja tetapi memahami dan menerima hakikat bahawa mereka perlu akur kepada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Jadi, kita bekerja dalam keadaan kekangan tersebut melihat peluang yang ada dalam keadaan PKPP ini.
“Alhamdullilah, apabila saya mendapat maklum balas daripada penjaja, perniagaan dapat mengikut walaupun ada juga penjaja menghadapi cabaran untuk memulakan peniagaan mereka kerana kekurangan modal,” katanya.
Menurut beliau, mereka ada perancangan untuk menaik taraf tempat ini tetapi harus dilaksanakan peringkat demi peringkat.
“Contohnya, untuk memastikan status tapak ini dahulu dan seterusnya berjumpa dengan kerajaan untuk memohon bantuan dan proses ini harus kita lakukan dahulu sebab itu kita memang ada perancangan tetapi ia masih dalam proses awal,’ jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika kunjungan santai ke Booth Pameran dan Kaunter Pendaftaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) sempena Program Ambang Kemerdekaan Tahun 2020 di Pasar Malam Metrocity Matang, di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fazzrudin berkata, apabila mendekati Hari Kemerdekaan, sudah tentu banyak program dilakukan untuk mendedahkan masyarakat kepentingan tarikh tersebut dan untuk mengisi program.
“Yang pertama, sememangnya apabila kita mendekati tarikh Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia ataupun Hari Sarawak sudah tentu kita melakukan banyak program untuk mengingatkan masyarakat kita tentang pentingnya tarikh tersebut,’ ujarnya.
Tambah Fazzrudin, pelbagai aktiviti seperti pada malam ini dianjurkan.
“Kita membuka kaunter pendaftaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kaunter pendaftaran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan kita juga ada beberapa pameran seperti pameran pengakap, pameran ikan tadi amat menarik sekali dan pameran lain.
“Ia bertujuan mengisi masa belia kita dan kedua untuk menyajikan pengunjung Metrocity selain mereka boleh melihat kedai, gerai seperti biasa mereka boleh melihat dan mengambil peluang mendaftar diri mereka di SPR atau PBB.
Oleh Cheryl Law