Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengundi Cina bersama GPS Parlimen Petra Jaya
  • PRU-15
  • SEMASA
  • TEMPATAN

Pengundi Cina bersama GPS Parlimen Petra Jaya

Utusan Sarawak 3 years ago

"Keyakinan itu berdasarkan sokongan dan sambutan komuniti itu terhadap GPS amat menggalakkan. Terima kasih dan saya yakin mereka akan bersama-sama dengan kita (GPS) pada pilihan raya kali ini." - Dato Sri Fadillah Yusof

KUCHING: Pengundi kalangan masyarakat Cina diyakini akan bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kawasan Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Calon GPS Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan dan sambutan komuniti itu terhadap GPS amat menggalakkan.

“Terima kasih dan saya yakin mereka akan bersama-sama dengan kita (GPS) pada pilihan raya kali ini,” katanya selepas program menyantuni peniaga di Thomson Corner dan masyarakat di sekitar kawasan Jalan Nanas, di sini hari ini.

Fadillah menjelaskan, pendekatan bertemu dengan penduduk kawasan itu penting bagi mendedahkan agenda pembangunan berterusan dibawa GPS.

“Pada masa sama, kita mahu menerangkan kepada pengundi bahawa sokongan mereka penting bagi memastikan kemenangan bergaya untuk GPS,” katanya.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: Pertambahan pengundi cabaran di Santubong
Next: Sarawak boleh hasilkan cip mesra alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.