Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengukuhan grid elektrik Bahagian Betong dipergiat demi keselesaan rakyat
  • TEMPATAN

Pengukuhan grid elektrik Bahagian Betong dipergiat demi keselesaan rakyat

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika mempengerusikan taklimat mengenai status pembinaan infrastruktur bagi memperkasakan grid elektrik Bahagian Betong, di DUN Sarawak, Petra Jaya baru-baru ini. Foto: ADUN Krian

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh infrastruktur grid elektrik di Bahagian Betong menerusi pelbagai projek naik taraf bagi memastikan bekalan elektrik lebih stabil dan memenuhi keperluan semasa rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, perkara itu dibincangkan dalam taklimat mengenai status pembinaan infrastruktur bagi memperkasakan grid elektrik Bahagian Betong yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dekat sini kelmarin.

Menurut beliau, taklimat tersebut memberi fokus kepada pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan elektrik termasuk penukaran transformer dan pemasangan talian utama kepada sistem ‘3-phase’.

Katanya, usaha berkenaan amat penting selaras dengan perkembangan semasa serta peningkatan taraf hidup rakyat yang kini memerlukan sistem bekalan elektrik lebih cekap dan berdaya tahan.

“Langkah ini juga penting bagi memastikan kejadian gangguan dan putus bekalan elektrik dapat dikurangkan ke tahap minimum demi keselesaan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) serta Sarawak Energy Berhad (SEB) turut terlibat dalam sesi pembentangan berkaitan perkembangan projek dan pelan tindakan penambahbaikan grid elektrik di kawasan terlibat.

Friday berkata, usaha berterusan kerajaan menerusi SEB kini sedang dipergiatkan memandangkan hasil kajian lapangan mendapati masih terdapat 31 lokasi di seluruh Bahagian Betong yang masih bergantung kepada sistem bekalan ‘single phase’.

Ia sekali gus memerlukan tindakan segera bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan bekalan elektrik yang lebih berkualiti dan stabil.

Turut hadir pada taklimat itu ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu, ADUN Beting Maro, Dato Razali Gapor, ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Kalaka, Mohamad Duri serta ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: KMF 2026 tarik pengunjung luar Sarawak, suasana meriah jadi tumpuan utama
Next: Zon bebas cukai Bintulu dijangka tarik lebih ramai pelabur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.