Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penguang tinjau projek rakyat di Marudi
  • TEMPATAN

Penguang tinjau projek rakyat di Marudi

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… Datu Penguang Manggil merakam gambar kenangan bersama rombongan ketika melakukan lawatan dan meninjau projek Tebingan Marudi dan projek rakyat yang lain.

MARUDI : Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Penguang Manggil mengadakan lawatan kerja bagi meninjau beberapa projek rakyat dan projek lain di Marudi,  pagi semalam.

Turut bersama beliau ialah ADUN Meluan Rolland Duat serta rombongan dari Krian, Julau, Pakan, Bintulu dan Kuching untuk sama-sama meninjau pembangunan di sekitar Marudi.

Pada kesempatan yang sama Penguang juga mengalu-alukan kedatangan Ketua-Ketua Masyarakat dari kawasan Mulu yang turut serta di dalam lawatan kerja itu.

Menurut Penguang kedatangan rombongan ini adalah untuk meninjau kawasan di konstituensi beliau, lebih-lebih lagi Pusat Khidmat di Beluru yang menjadi pergerakan jentera parti Gabungan Parti Sarawak ( GPS ) di kawasan Marudi.

“Jika ada masalah dan isu-isu yang berbangkit di konstuensi N.76, ia akan disalurkan kepada Ketua-Ketua Masyarakat, ahli-ahli majlis dan Ketua-Ketua Parti untuk di bawa kepada saya dan seterusnya kepada pihak atasan,” katanya.

“Kita dapat lihat bahawa kita adalah dalam kelompok yang sama dan semua dalam satu, sama ada kita dari parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS)  atau Parti Demokratik Progresif (PDP),”

“Ini petanda yang baik di kawasan ini dan saya berharap kerjasama ini akan dikekalkan sepanjang masa demi kebaikan rakyat Marudi sendiri,” tegas Penguang.

Menyentuh tentang  pembinaan Tebingan Marudi sepanjang 300 meter itu,  beliau menjelaskan bahawa projek ini sepatutnya dapat disiapkan awal tahun ini tetapi tergendala akibat pandemik Covid-19.  Jadual baharu penyiapan adalah November tahun ini.

Beliau juga  menjelaskan fasa kedua Tebingan Marudi akan disambung dari Tua Pek Kong, ke Masjid As-Salam Marudi dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Shari Hamid / Kampung Narum sepanjang 750 meter akan dilaksanakan kemudian.

Satu lagi projek iaitu projek penahanan tebing sungai ( di bawah Kubu Hose) yang dikendalikan oleh  Jabatan Perparitan dan Saliran (DID) juga sedang giat dilaksanakan.

“Bagi projek pembinaan jambatan Marudi, kontraktor lama tidak dapat meneruskan pembinaan projek ini, justeru  kita dalam proses mencari  kontraktor pengganti untuk menyambung kerja-kerja yang telah ditinggalkan kontraktor terdahulu,’ ujar Penguang.

Beliau percaya dan mengharapkan kontraktor yang akan dipilih nanti dapat menjalankan tugas dan kerja pada masa yang telah ditetapkan dan beliau berharap penduduk bandar Marudi bersabar menunggu projek berkenaan siap.

Tegasnya selain projek rakyat, projek lain yang telah disempurnakan ialah menaik taraf dan penyambungan paip air baharu di sekitar Marudi dan Sungai Pasir. Semua projek ini adalah kemudahan untuk penduduk bandar Marudi demi memberi nilai tambah kepada kawasan ini.

“Satu lagi projek mega yang akan dilaksanakan tahun ini atau dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ialah jalan Miri-Marudi iaitu jalan bertaraf R5 sepanjang 20 kilometer, bermula dari pusat peranginan Eastwood Valley Golf Club.

Menurut beliau projek ini telah diluluskan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan jalan tersebut  merupakan sambungan dari Miri ke Marudi bagi  memendekkan perjalanan ke Marudi dengan hanya 20 kilomter  berbanding laluan sedia ada sejauah 70 kilomter.

Selain itu Penguang,l beliau juga telah merancang pembinaan jalan dari Marudi ke Long Terawan / Long Panai / Melinau dan seterusnya ke Mulu serta jalan dari Long Panai ke Long Lamat sepanjang 26 kilometer.

“Rancangan saya ini telah diluluskan Ketua Menteri dan semua projek ini menelan belanja RM1.3 bilion,” katanya.

Penguang menambah kata, banyak projek telah dilaksanakan di Marudi dalam tempoh lima tahun ini untuk memberi manfaat kepada semua.

Justeru untuk menentukan siapa yang akan terus mewakili rakyat pada masa akan datang, Penguang meletakkannya kepada rakyat sendiri.

“Saya merancang projek ini untuk rakyat Marudi dan terpulanglah kepada  mereka untuk menilai siapa wakil rakyat yang benar-benar komited dan memperjuangkan nasib rakyat.  Saya menyerahkan kepada penduduk Marudi untuk  memilih wakil rakyat mereka menjelang pilihan raya negeri akan datang,” tambah Penguang.

Pada kesempatan yang sama, ADUN Meluan Rolland Duat menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP)  berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Tuai Rumah Beluru kepada Setiausahanya TR Nora Ree.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Tamat pemerintahan Jepun di Sarawak
Next: RMK-12 rangsang agenda transformasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.