Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penguang tinjau jambatan ditenggelami air
  • Utara
  • WILAYAH

Penguang tinjau jambatan ditenggelami air

Utusan Sarawak 3 months ago
TURUN PADANG… Datuk Dr. Penguang Manggil turun padang meninjau keadaan jalan yang kerap dilanda banjir.

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr. Penguang Manggil turun padang meninjau kawasan jalan di jambatan Sg Bok dan jambatan Sg Teru yang ditenggelami air kelmarin.

Selain itu kawasan Pelajau dan jalan kebun nanas antara Sungai Arang dan Jambatan Marudi juga mengalami masalah yang sama.

Beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengambil tindakan segera dengan menandakan sisi jalan, membersihkan longkang di tepi jalan dan seterusnya meninggikan jalan di kawasan yang kerap dilanda banjir.

Kawasan tersebut ialah jalan kebun nanas (jalan antara Jambatan Sg Arang dan Jambatan Marudi, jalan berdekatan Jambatan Sg Bok, jalan utama berdekatan Jambatan Teru, jalan utama di kawasan Pelajau (antara simpang Teru dan Long lama).

Menurut Penguang, masalah ini sudah berlanjutan sekian lama harus diberi perhatian dan tindakan segera kerana ia melibatkan ribuan pengguna jalan.

“Saya juga menggesa orang ramai untuk berhati-hati pada musim banjir ini dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

Beliau menyarankan supaya Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sentiasa berkomunikasi dengan Pejabat Daerah masing-masing.
Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan Kampung Tuie ke Suri berwajah baharu
Next: Tanah susur di Rh. Meringai Achoi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.