MARUDI: Seorang warga emas, Wong Fong Kwong berusia 81 tahun mendapat perhatian Menteri Muda Kerajaan Tempatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri N.76 Marudi Datu Dr Penguang Manggil.
Dalam lawatan beliau di kediaman Wong di Kampung Pemindahan, Penguang bersimpati dengan keadaan hidup Wong dan menghulurkan bantuan MRP RM10,000.00.
Menurut Penguang bantuan ekshan tersebut untuk membantu Wong membuat jalan titi ke rumahnya serta untuk menembok tanah di hadapan rumah.
Penguang berharap dengan bantuan ini dapat mengubah keadaan hidup Wong dan berharap rancangan untuk membuat titi ke rumah Wong dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
Sebelum ini Penguang turut memperuntukan MRP RM700,00 untuk membaik pulih 35 rumah kampung seperti membaiki rumah yang rosak di tiga buah kampung iaitu Kampung Narum, Kampung Dagang dan Kampung Pemindahan.
Oleh Jiku Juguong