Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengorbanan anggota bomba wajar dihargai
  • Utara
  • WILAYAH

Pengorbanan anggota bomba wajar dihargai

Utusan Sarawak 3 weeks ago
HARGAI BOMBA… Sulaiman Engal bersama Jamri Masran beramah mesra dengan kenamaan tempatan yang hadir pada Ramah Tamah Aidilfitri Bomba Limbang.

LIMBANG: Pengorbanan anggota bomba yang meletakkan keutamaan keselamatan orang lain perlu dihargai dan fahami masyarakat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Jamri Masran memberitahu jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

“Meninggalkan keluarga semasa berbakti dengan masyarakat dan bertugas semasa orang lain menyambut Hari Raya bersama keluarga, satu pengorbanan tinggi,saya sangat menghargai,” katanya berucap pada Program Jalinan Mesra Ramah Tamah Aidilfitri bagi 2025 Peringkat Zon Limbang semalam.

Menurutnya lagi anggota bomba dan penyelamat bukan hanya bertugas memadam kebakaran tetapi juga memberi perkhidmatan lain diperlukan rakyat.

“Jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat,” ujarnya.

Turut diadakan ialah pertunjukan bunga api, pertandingan karaoke, pertandingan gerai terbaik, pertandingan memasak, sumbangan duit raya, cabutan bertuah dan Pelancaran Limbang Fire Fighter Run 3.0 bagi 2025.

Jamri turut mengadakan sesi libat urus ke Persatuan Bomba Sukarela (PBS) KABIMA, PBS Bakti Gabungan, PBS Kampung Pangkalan Madang dan PBS Kampung Seberang Kedai.

Katanya tujuan sesi libat urus adalah untuk menyantuni ahli PBS dan berkongsi hala tuju perancangan JBPM serta kolaborasi program kebombaan yang akan dilaksanakan bersama JBPM Negeri Sarawak.

Beliau berkesempatan memeriksa peralatan kebombaan PBS dan mendengar permasalahan yang timbul seterusnya memberi cadangan penyelesaian kepada ahli jawatankuasa PBS.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Ketua Zon 7 JBPM Sarawak Ramlan Marajan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Clarance D Primus Tiandun dan tetamu lain.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keselamatan sempadan diutamakan sepanjang Aidilfitri di Limbang
Next: Perpaduan, toleransi harta bernilai perlu dipelihara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.