KUCHING: Pihak polis mengingatkan masyarakat untuk tidak membuta tuli menerima sebarang kotak mahupun bungkusan yang bukan milik peribadi daripada mana-mana perkhidmatan kurier demi keselamatan masing-masing.
Kenyataan berkenaan tular di media sosial, sebuah rumah di Lorong 6 Jalan Hup Kee diserbu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pagi tadi.
Serbuan dibuat apabila salah seorang penghuni yang mendiami kawasan tersebut menerima satu bungkusan dipercayai berisi dadah daripada perkhidmatan kurier.
Pada asalnya, bungkusan adalah milik orang lain dan bukannya pemilik rumah atau ahli keluarga yang beralamat tersebut.
Penerimaan bungkusan itu namun ditandatangani oleh salah seorang ahli keluarga yang kini sedang disoal siasat.
Menurut perkongsian di platform media sosial, insiden ini merupakan kesedaran terhadap masyarakat untuk lebih peka dengan persekitaran demi keselamatan.
Dalam perkongsian menerusi platform media sosial itu, pihak polis juga turut menyatakan setakat ini, tidak ada laporan rasmi berkaitan insiden dibuat dan Utusan Sarawak dimaklumkan, kes adalah di bawah kuasa JKDM.
Oleh Connie Chieng