Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni rumah cemas ular tiung cincin ‘tumpang’ bilik mandi
  • Tengah
  • WILAYAH

Penghuni rumah cemas ular tiung cincin ‘tumpang’ bilik mandi

Utusan Sarawak 7 months ago
DITANGKAP… Anggota bomba menangkap ular menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor 

 

BINTANGOR: Penghuni salah sebuah rumah di Sungai Meradong cemas apabila terlihat seekor ular tiung cincin emas berada di dalam bilik mandi. 

Risau dengan keselamatan diri dan keluarganya, dia menghubungi pihak bomba untuk bantuan menangkap ular. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 10.14, malam tadi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi PBK II (KUP) Gara Ensonin bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular tiung cincin emas berukuran panjang satu meter masih berada dalam  bilik mandi,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, anggota bomba menangkap ular menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang tiga minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 10.27 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: NAMLIFA Sibu berjaya meraih pencapaian luar biasa
Next: 500 peserta ambil bahagian dalam acara larian di Dataran Pulau Li Hua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.