Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Penghuni rumah cemas, ‘power bank’ tiba tiba meletup
  • KEBAKARAN

Penghuni rumah cemas, ‘power bank’ tiba tiba meletup

Utusan Sarawak 1 month ago
MUSNAH… Keadaan perabot milik penghuni rumah yang terbakar berikutan insiden bank kuasa yang meletup di Lorong Matang Jaya 6A5, Kuching, malam tadi.

KUCHING: Penghuni kediaman di Lorong Matang Jaya 6A5 di sini mengalami detik cemas apabila bank kuasa atau ‘power bank’ meletup secara tiba-tiba.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada 8.30 malam tadi.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan kekuatan enam orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba mendapati api telah dipadamkan sepenuhnya oleh penghuni rumah.

“Tiada operasi pemadaman dilakukan manakala pasukan bomba hanya membuat pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.10 malam setelah pihak bomba memastikan semua keadaan kembali selamat.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah dua tingkat di Jalan Kampung Bintawa Hulu terbakar
Next: Tindakan pantas warga emas selamatkan rumah daripada musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.