Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni 11 pintu Rumah Telajan, Ulu Budu dalam tahap waspada
  • Tengah
  • WILAYAH

Penghuni 11 pintu Rumah Telajan, Ulu Budu dalam tahap waspada

Utusan Sarawak 3 months ago

KRIAN: Penghuni di 11 pintu Rumah Telajan, Ulu Budu kini berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan runtuhan tanah yang berlaku di rumah panjang berkenaan, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata pihaknya telah menerima panggilan daripada penduduk berhubung kejadian tanah runtuh itu sekitar 9.10 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota APM mendapati berlakunya kejadian tanah runtuh melibatkan rumah dapur dan retakan di bahagian ruang tamu rumah panjang tersebut.

“Ia adalah disebabkan struktur tanah lembab dan hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam hingga hari ini,” katanya.

Nur Athirah berkata, sebanyak 11 bilik yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Rumah Telajan, Ulu Budu, dan anggota APM Saratok telah memasang pita keselamatan supaya penduduk rumah panjang berhati-hati kerana masih ada pergerakan tanah di bahagian ruang tamu dan tidak selamat untuk diduduki.

“Kejadian tersebut tiada melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan hanya  di bahagian dapur penduduk yang terjejas seperti tandas dan peralatan dapur.

“Setakat 2.00 petang, belum ada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka berikutan kejadian tanah runtuh tersebut,” kataya.

Penduduk di sekitar kawasan berkenaan adalah diminta untuk menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Saratok di talian 083-436094 atau 0113-1413012 sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir
Next: Sembilan lagi mangsa berjaya dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.