MELAKA: Kerusi Dewan Un- dangan Negeri (DUN) Telok Mas menyaksikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berhadapan pertan- dingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Mohd Rafiq akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Setiausaha Amanah Melaka Datuk Ashraf Mukhlis Minghat, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas).
Pengumuman nama-nama calon bertanding di DUN Telok Mas pada PRN Melaka itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Telok Mas Dr. Mohd Azam Ahmad, di pusat penamaan calon di Kompleks Komuniti Desa (KKD) DUN Telok Mas selepas tempoh pencalonan tamat pada 10.00 pagi semalam.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, kerusi DUN Telok Mas dimenangi Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu) de- ngan majoriti 1,288 undi.
Terdahulu proses pena-maan calon berjalan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat, dengan melarang perhimpunan dan perarakan penyokong bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dengan hanya calon, pen- cadang dan penyokong ca- lon dibenarkan masuk ke PPC, bagi mengemukakan kertas pencalonan.
SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November.-Bernama