Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengeluaran sektor perikanan usahawan myAP catat nilai jualan RM62.69 juta setahun
  • SEMASA

Pengeluaran sektor perikanan usahawan myAP catat nilai jualan RM62.69 juta setahun

Utusan Sarawak 6 months ago
DOF memaklumkan pengeluaran sektor perikanan oleh usahawan myAP telah menunjukkan peningkatan yang ketara, dengan nilai jualan mencapai RM 62.69 juta setahun untuk 230 myAP.

PUTRAJAYA: Pengeluaran sektor perikanan oleh usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) bagi tempoh 2021 hingga kini mencatatkan nilai jualan mencecah RM 62.69 juta setahun. 

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perikanan (DOF) memaklumkan bahawa statistik menunjukkan peningkatan purata pengeluaran mengikut tahap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi usahawan yang terlibat dalam program myAP.

“Program ini bertujuan memperkukuhkan kedudukan PKS dalam sektor perikanan melalui pelbagai inisiatif sokongan dan pembangunan kapasiti,” menurut kenyataan itu.

DOF memaklumkan pengeluaran sektor perikanan oleh usahawan myAP telah menunjukkan peningkatan yang ketara, dengan nilai jualan mencapai RM 62.69 juta setahun untuk 230 myAP.

Selain itu, program myKomuniti Perikanan (myKP) yang melibatkan 246 peserta dengan jumlah ahli seramai 6,522 telah berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak RM 28.9 juta setahun.

“Peningkatan ini mencerminkan keberkesanan program usahawan perikanan dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing usahawan tempatan.

“DOF akan terus komited dalam menyokong perkembangan sektor ini melalui pelbagai inisiatif dan sokongan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Next: Projek KKDW: 24 projek tertangguh sejak 2016 hingga 2022 siap sebelum RMK-13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.