Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pengeluar sarung tangan catat persekitaran operasi lebih baik – HLIB
  • BISNES

Pengeluar sarung tangan catat persekitaran operasi lebih baik – HLIB

Utusan Sarawak 1 year ago
PERKEMBANGAN tersebut mendorong kepada peningkatan jumlah pesanan yang diterima oleh pengeluar sarung tangan.

KUALA LUMPUR: Persekitaran keseluruhan operasi bagi pengeluar sarung tangan tempatan kini memaparkan tanda-tanda peningkatan, termasuk lebihan inventori pembeli yang susut secara ketara manakala jurang harga antara penggiat tempatan dan China pula terus mengecil, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu berkata, perkembangan tersebut mendorong kepada peningkatan jumlah pesanan yang diterima oleh pengeluar sarung tangan.

“Usaha itu khususnya inisiatif pengeluar untuk menghentikan operasi kilang yang kurang cekap baik secara kekal dan sementara, telah memberi hasil positif dan mendorong peningkatan kadar penggunaan serta kos tetap yang lebih rendah.

“Keadaan itu meminimumkan kerugian dan sebaliknya meningkatkan keuntungan,” katanya.

Cabang penyelidikan bank itu, HLIB Research telah menaikkan saranan bagi sektor sarung tangan kepada “neutral” daripada “underweight” sebelum ini.

Malah, ia turut menaikkan saranan terhadap Hartalega kepada “pegang” daripada “jual” selain mengekalkan saranan “pegang” bagi Top Glove dan Kossan.

Mengulas purata harga jualan, HLIB berkata selepas gagal menaikkan harga pada separuh pertama 2023, pengeluar sarung tangan telah bertindak menaikkan harga dalam julat kecil pada separuh kedua tahun ini.

Pelarasan harga itu, katanya, ternyata lebih mampan dan disokong oleh beberapa faktor seperti tindakan pengeluar menurunkan lebihan stok secara ketara, sokongan susulan harga bahan mentah lebih tinggi dan jurang harga lebih kecil antara pemain tempatan dan China yang berjumlah kira-kira AS$2-AS$3 bagi setiap 1,000 keping.

“Walaupun keadaan semasa dilihat lebih baik dan membantu dari segi perbincangan untuk kenaikan harga, kami percaya pengeluar tidak akan melepaskan keseluruhan kenaikan kos (kepada pengguna) dan ini dijangka seiring dengan pergerakan harga bahan mentah,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Proton akhiri 2023 dengan pertumbuhan lima tahun berturut-turut, prestasi terbaik sejak 2012
Next: Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.