Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengasas syarikat penerbangan, isteri, anak direman empat hari
  • JENAYAH

Pengasas syarikat penerbangan, isteri, anak direman empat hari

Utusan Sarawak 2 years ago
BAPA dan anak lelaki antara yang ditahan reman selama empat hari bagi menjalankan siasatan lanjut di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Pengasas bersama sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ bersama isteri dan anak lelakinya direman empat hari hingga Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata permohonan reman itu dibuat di Lokap Berpusat Jinjang di sini, 10.00 pagi tadi.

“Ketiga-tiga individu itu direman bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam Bernama melaporkan pengasas terbabit berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anak lelakinya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki didakwa rogol, amang seksual anak perempuan kekasih
Next: Imigresen serbu kondominium mewah, 136 pendatang tanpa izin ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.