Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengarah syarikat rugi RM5.5 juta penipuan pertukaran mata wang
  • JENAYAH

Pengarah syarikat rugi RM5.5 juta penipuan pertukaran mata wang

Utusan Sarawak 2 months ago
KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian RM5.5 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam urusan pertukaran mata wang asing.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun yang membuat transaksi pertukaran mata wang ringgit ke mata wang Vietnam untuk pembayaran gaji dan urusan syarikatnya di negara tersebut.

“Siasatan mendapati mangsa mengenali seorang lelaki dari Miri, Sarawak, yang sebelum ini berjaya melakukan beberapa transaksi pertukaran mata wang dalam jumlah kecil.

“Pada penghujung Mac, mangsa melakukan pertukaran dalam jumlah besar sebanyak RM6.5 juta tetapi hanya menerima mata wang Vietnam bernilai RM900,000,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hussein berkata mangsa diminta membuat 15 transaksi bayaran ke tujuh akaun bank berbeza sehingga mencecah RM6.5 juta.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan dan mengelak daripada membayar baki pertukaran mata wang asing,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berwaspada dalam urusan pertukaran mata wang asing yang tidak sah dan melakukan transaksi tersebut hanya dengan syarikat yang berdaftar dengan Bank Negara. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis rampas 30kg ganja, tahan lelaki di Miri
Next: Jurutera warga China ditahan reman lanjut, bantu siasatan kes kematian Marutin Pagan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.