Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengarah Maritim Sarawak adakan lawatan Ke Zon Maritim Tanjung Manis
  • TEMPATAN

Pengarah Maritim Sarawak adakan lawatan Ke Zon Maritim Tanjung Manis

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN… Robert Teh (duduk tengah sekali) merakam kenangan bersama pegawai dan anggota Maritim semasa lawatan rasminya ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Manis, semalam.

TANJUNG MANIS: Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Manis, semalam.

Ia adalah merupakan lawatan kerja rasmi kedua sepanjang beliau dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Sarawak.

Ketibaan Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan telah disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat Bravo; KKS (B) bersama Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz Md Kassim.

Lawatan rasmi tersebut adalah untuk menyampaikan amanat serta sesi beramah mesra bersama warga Zon Maritim Tanjung Manis sebelum beliau bertukar keluar.

Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan turut memberikan kata-kata semangat kepada Zon Maritim Tanjung Manis yang akan menjalani Audit Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) Sarawak pada 23 hingga 25 September ini.

Continue Reading

Previous: Kastam rampas minuman keras RM190,743.65
Next: DBP dekati karyawan bincang hala tuju penulisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.