LAWAS, 24 November: Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norizan Jili mengadakan lawatan kerja ke JPJ Cawangan Lawas bagi meninjau penyampaian perkhidmatan kepada orang awam dan memperkukuh hubungan kerja di peringkat cawangan.
Dalam sesi perjumpaan bersama warga kerja JPJ Lawas, beliau mendengar pandangan dan maklum balas mengenai cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan tugas harian, termasuk operasi dan urusan perkhidmatan kepada orang awam

Norizan turut menekankan kepentingan disiplin, dedikasi dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab.
Beliau juga berinteraksi dengan pelanggan di kaunter bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman mereka berurusan dengan JPJ Lawas.

Norizan berkata, JPJ Sarawak komited menjaga kebajikan warga kerja dan memberi perhatian kepada keperluan pelanggan dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
Turut hadir Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Sarawak, Fifi Suhesty Asmuni, Ketua Seksyen Operasi JPJ Sarawak, Teresa Baru, serta Syahfiq Arman Syah.
Oleh Adeng Edrus




