SIBU: Seramai 20 penghuni mualaf telah menyertai Seminar Saudara Baru Peringkat Prospek di Dewan Pemulihan Insan Penjara Pusat Sibu, semalam.
Program tersebut bertujuan memberikan pemahaman mendalam mengenai agama Islam kepada penghuni mualaf, memperkukuh iman dan menyediakan sokongan moral mereka dalam mendepani cabaran kehidupan sebagai seorang Muslim.
Ustaz Zubair Abdul Halim dari Jabatan Agama Islam Sarawak telah dijemput sebagai penceramah pada program tersebut.
Peserta seminar memberikan reaksi positif, menyatakan bahawa program ini sangat membantu dalam memahami asas ajaran Islam dan merasakan sokongan moral yang diperlukan.
Sementara itu, pengarah program, Ustaz Abdul Qohar berharap agar peserta dapat mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan menjadi contoh yang positif dalam masyarakat.
Turut hadir, Pengarah Penjara Pusat Sibu, Mohd Rusli Abd Rahman dan Ketua Unit Pengurusan Psikologi, Azrol Adenan.
Oleh Akun Giman