Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pengakuan palsu: SC batal lesen perancang kewangan
  • BISNES

Pengakuan palsu: SC batal lesen perancang kewangan

Utusan Sarawak 1 year ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Lim Chee Kuang berkuat kuasa mulai 7 Mac 2024.

Lim sebelum ini adalah perancang kewangan yang berkhidmat di UOB Kay Hian Wealth Advisors (M) Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata, Lim telah menyerahkan maklumat palsu dan mengelirukan kepada SC berhubung permohonan CMSRL beliau.

“Pengemukaan kenyataan palsu atau mengelirukan kepada SC berkaitan dengan permohonan CMSRL adalah satu kesalahan serius di bawah seksyen 71 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) 2007, yang boleh mengakibatkan pembatalan lesen tersebut.

“Oleh itu, SC mendapati Lim tidak lagi layak dan sesuai untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia,” katanya.

Menurut SC, lesen Lim telah dibatalkan di bawah Seksyen 72 dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Selain itu, SC mengenakan celaan ke atas Lim kerana gagal mematuhi syarat lesennya yang memerlukan Lim berkelayakan dan sesuai pada setiap masa, seperti yang diperuntukkan di bawah Perenggan 7.03(1) Buku Panduan Pelesenan SC.

“Lim tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa yang ditetapkan yang diperuntukkan di bawah CMSA,” tambahnya.

Butiran lanjut boleh didapati di https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/actions/administrativeactions/administrative-actions-in-2024  – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit diniagakan 4.69 – 4.70 minggu depan  
Next: Malaysia sedia jadi hab pusat untuk ‘Pejabat Keluarga’ di ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.