Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengakap platform penyatuan belia
  • TEMPATAN

Pengakap platform penyatuan belia

Utusan Sarawak 1 year ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian bersama Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom semasa menghadiri Majlis Makan Malam Pengakap Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam tadi. Foto ANDRE OLIVEIRO

PETRA JAYA: Pergerakan  Pengakap Sarawak mampu menjadi ‘kuasa’ penyatuan belia di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Sarawak komited menyokong pertubuhan belia seperti ini kerana memain peranan penting dalam pembangunan sahsiah modal insan belia di Sarawak.

“Golongan belia merupakan pemimpin masa depan yang menentukan hala tuju negara.

“Justeru, pergerakan Pengakap mampu menjadi ‘kuasa’ penyatuan belia di negeri ini,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dalam  Majlis Makan Malam Gala Pengakap 2024 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-111 Pergerakan Pengakap Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi .

Abang Johari yang juga Ketua Pengakap Sarawak menambah, kerajaan turut  mengiktiraf pergerakan Pengakap yang kini penubuhannya selama 111 tahun di Sarawak.

“Apabila mereka telah mencapai tahap itu (pemimpin), mereka akan dapat meneruskan legasi yang dicipta oleh kepimpinan sekarang dalam melihat negara maju ke arah yang betul.

“Ini adalah sangat penting kerana kita dapat perhatikan bahawa belia kita sekarang mudah terpengaruh kepada pelbagai pengaruh negatif dari dalam negara atau dari luar negara,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri berbangga kerana golongan belia di Sarawak menerima program pembangunan yang dibawa oleh kerajaan setakat ini.

“Tambahan pula, kerajaan Sarawak telah melihat kemungkinan untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma untuk belia pada masa akan datang.

“Ini adalah satu langkah bijak untuk menyediakan golongan belia dalam peranan yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Dewan Rakyat tumpu isu tarik minat siswazah perubatan dalam perkhidmatan awam
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.