Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Penerbangan Malaysia, Singapura disambung semula
  • BISNES

Penerbangan Malaysia, Singapura disambung semula

Utusan Sarawak 5 years ago
“RGL adalah langkah pertama tetapi amat signifikan sebagai tanda bahawa kedua-dua negara mula memulihkan ekonomi.”-Tan Sri Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: AirAsia sedang bersedia untuk menyambung semula penerbangan antara Malaysia dan Singapura, termasuk laluan Kuala Lumpur-Singapura yang dikatakan sebagai yang paling sibuk di dunia, berikutan keputusan perlaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

Ini akan diikuti dengan destinasi antarabangsa yang lain, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai permulaan, AirAsia akan melancarkan penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan Singapura, serta satu penerbangan mingguan membabitkan Singapura dan Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching termasuk Ipoh.

Penerbangan ini dijadualkan bermula pada 17 Ogos tetapi bergantung kepada pengumuman lanjut oleh kerajaan.

AirAsia mengalu-alukan keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura bagi membuka perjalanan merentas sempadan untuk tujuan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara melalui skim RGL.

Skim RGL memerlukan pengembara yang layak untuk mematuhi peraturan pencegahan dan langkah-langkah kesihatan awam yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara, yang merangkumi ujian “polymerase chain reaction” (PCR).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan itu benar-benar komited ke arah meneruskan penyambungan udara dan seterusnya memulihkan aktiviti ekonomi di rantau ini.

“RGL adalah langkah pertama tetapi amat signifikan sebagai tanda bahawa kedua-dua negara mula memulihkan ekonomi,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: AirAsia tawar diskaun untuk penerbangan domestik
Next: Belanjawan 2021 tumpu pendidikan, keusahawan, kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.