

MUKAH: Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai hilang ketika mandi di Sungai Batang Mukah petang semalam ditemukan petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mayat mangsa ditemukan pada 4.40 petang tadi oleh pasukan polis pada jarak lebih kurang 2 kilometer (km) dari tempat kejadian.
“Mayat mangsa kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah. Seorang lagi mangsa kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang lemas dalam kejadian tersebut masih belum ditemui.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 5.00 petang dan akan disambung 8.00 pagi esok,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, kedua-dua mangsa yang tidak pandai berenang hilang dibawa arus ketika mandi di Sungai Batang Mukah semalam.
Cubaan ibu mereka untuk menyelamat gagal sepenuhnya.
OLEH AKUN GIMAN