Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk terjejas terima bantuan
  • TEMPATAN

Penduduk terjejas terima bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN… Sia (kiri) menyampaikan sumbangan ayam segar kepada Penghulu Sabtuyah Yusuf (kanan) untuk membuat bubur lambuk sempena Menyambut Bulan Ramadan Al-mubarak dengan disaksikan oleh Lo.

CHERYL LAW

KUCHING: Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang melalui Pusat Khidmat ADUN telah membuat agihan bantuan barangan makanan asas kepada penduduk yang terjejas.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, bantuan ini merupakan inisiatif dari Kerajaan Negeri Sarawak dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada semua ADUN.

“Senarai penerima bantuan ini disediakan oleh ketua kampung mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria-kriteria utama penerima bantuan adalah mereka yang hilang punca pendapatan seperti bergaji hari, ibu tunggal, penerima bantuan kebajikan, penerima bantuan Baitulmal dan penduduk yang terputus bekalan makanan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Fasa 1 agihan melibatkan penerima dari kawasan Bumiputera dan telah dilaksanakan oleh PBB Cawangan N13 Batu Kitang dengan kerjasama Ketua-ketua Kampung. Fasa 2 agihan pula melibatkan penerima dari kawasan perumahan, kuarters kilang, rumah sewa dan penduduk di kawasan Flat.

“Semoga dengan adanya bantuan ini dapatlah meringankan beban penduduk yang terjejas sementara menunggu BPN dan BKSS di kreditkan ke akaun masing-masing,” jelasnya.

Lo menambah, dalam pada itu, pihak kami juga telah menerima sumbangan dari pihak Perniagaan Ayam Segar S.L. Sdn. Bhd melalui Pengurus Syarikat Sia Khiok Hui yang telah menyampaikan sumbangan ayam segar sebanyak 100 ekor kepada Penghulu Hajah Sabtuyah Yusuf untuk membuat bubur lambuk di sekitar ADUN N13 Batu Kitang sempena Menyambut Bulan Ramadan Al-mubarak.

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor rai Hari Bomba Sedunia
Next: JBPM Limbang amal pendekatan norma baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.