Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk sokong Penguang dicalon semula
  • TEMPATAN

Penduduk sokong Penguang dicalon semula

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

TERBAIK… Masyarakat Melayu Marudi memberi sokongan penuh kepada Datu Penguang Manggil.

MARUDI: Masyarakat Melayu di daerah ini memberi sokongan padu kepada Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.76 Marudi, Datu Penguang Manggil sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)akan datang.

Mereka menyifatkan Penguang sebagai wakil rakyat yang kuat bekerja dan banyak memberi jasa kepada penduduk di Marudi.

Banyak kemajuan telah beliau laksanakan dan terkini laluan baharu yang dalam proses pembinaan iaitu jalan dari Miri–Marudi-Kuala Melinau dan Long Lama.

Mereka memberi harapan supaya pilihan raya kali ini mendapat sokongan majoriti semua penduduk supaya lebih banyak pembangunan infrastruktur dapat dibawa ke Marudi.

Dalam pada itu, Datu Penguang menzahirkan terima kasih kepada masyarakat Melayu di kawasan Marudi kerana memberi sokongan padu kepadanya pada pilihan raya lepas.

“Saya berharap masyarakat Melayu dapat menyambung sokongan kepada saya menjelang pilihan raya akan datang,” katanya berucap pada majlis sesi dialog bersama masyarakat Melayu di balai raya Kampung Narum di sini semalam.

Penguang turut mengingatkan masyarakat Melayu supaya tidak mudah terpedaya dengan golongan yang datang memberi wang ringgit untuk memancing undi pada pilihan raya akan datang.

Menurut Penguang pada Pilihan Raya Negeri akan datang beliau dijangka dicabar calon Pari Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Turut hadir, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Alexander Asing dan Robert Ayu.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Program pertama SIA kini dibuka
Next: Peruntukan Kerajaan Pusat percepat pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.