Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk rumah panjang diingatkan tingkat waspada menjelang Hari Gawai
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk rumah panjang diingatkan tingkat waspada menjelang Hari Gawai

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA Masyarakat Kaum Dayak Kawasan Niah Hilir, Penghulu Epat Bakar.

NIAH: Menjelang sambutan Hari Gawai yang hanya tinggal beberapa jam lagi, masyarakat khususnya penduduk rumah panjang dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan aspek keselamatan diri serta kediaman masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Ketua Masyarakat Kaum Dayak Kawasan Niah Hilir, Penghulu Epat Bakar berkata nasihat itu amat penting terutama susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah panjang di kawasan Saeh Putih semalam, sekali gus menyebabkan penduduk terjejas menjelang perayaan.

Menurutnya, kejadian tersebut wajar dijadikan pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati ketika membuat persiapan akhir menyambut Hari Gawai.

“Kita memahami suasana sibuk membuat persiapan perayaan, namun aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan. Pastikan semua peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan ditutup apabila tidak digunakan,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya tidak membiarkan aktiviti memasak tanpa pengawasan, selain memastikan sambungan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Katanya, kerjasama semua penghuni rumah panjang amat penting dalam memastikan keselamatan komuniti sepanjang musim perayaan.

“Dalam kegembiraan menyambut Hari Gawai, kita perlu sentiasa peka dan saling mengingatkan antara satu sama lain mengenai langkah-langkah keselamatan. Jangan sampai kecuaian kecil mengakibatkan kerugian besar,” ujarnya.

Beliau berharap sambutan Hari Gawai tahun ini dapat diraikan dalam suasana aman, selamat dan penuh kegembiraan bersama keluarga serta komuniti setempat.

“Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua,” katanya.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Perarakan Hari Wesak kukuhkan silaturahim, semangat perpaduan pelbagai kaum di Batu Niah
Next: Rangkaian jalan raya, Jambatan Batang Lupar 2 bakal ‘hidupkan’ Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.