Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Rumah Liban, Tubai di Ulu Limbang terputus hubungan akibat banjir
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk Rumah Liban, Tubai di Ulu Limbang terputus hubungan akibat banjir

Utusan Sarawak 4 months ago

LIMBANG: Penduduk Rumah Liban, Tubai di Ulu Limbang, terputus hubungan dengan kawasan lain selepas jalan raya menghubungi kawasan itu dinaiki air pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, pihaknya menggerakkan sepasukan anggota diketuai Koperal (PA) Nurul Najanadhirah Hadri melakukan pemantauan di lokasi kejadian bermula 5.26 pagi tadi.

“Hasil pemantauan mendapati jalan menuju ke rumah panjang berkenaan telah ditenggelami air sedalam hampir satu meter dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil.

“Bagaimanapun paras air di kawasan rumah panjang telah surut sepenuhnya dan masih dalam keadaan terkawal,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, keadaan di lokasi pemantauan masih dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden bencana dan kecemasan berlaku.

Bonnie turut menasihati penduduk kampung agar sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan semasa.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 individu antara ratusan pendaftar SKAS tidak miliki telefon pintar
Next: Beberapa kawasan rendah di SK Nanga Kua dilanda banjir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.