Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Piasau disaran berperanan aktif pelihara kebersihan
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk Piasau disaran berperanan aktif pelihara kebersihan

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BERSAMA KOMUNITI… Datuk Sebastian Ting menyertai program gotong-royong bersama penduduk di Taman Piasau.

PIASAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting, menyertai program gotong-royong anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Piasau dan Jawatankuasa Kediaman Taman Piasau baru-baru ini.

Pada program tersebut, Sebastian merakamkan penghargaan atas jemputan tersebut dan menekankan pentingnya penglibatan penduduk dalam menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka.

“Kawasan ini adalah rumah kita bersama.

“Justeru, setiap penduduk memainkan peranan penting dalam aspek penjagaan dan penyelenggaraan.

“Walaupun aspek infrastruktur tertentu berada di bawah tanggungjawab kerajaan dan akan ditangani sewajarnya, kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar memerlukan usaha kolektif daripada semua,” katanya.

Sebastian turut memuji penganjuran program seperti ini yang bukan sahaja menyemai semangat gotong-royong, malah mengukuhkan hubungan dalam komuniti.

“Saya amat menghargai kesanggupan semua pihak yang meluangkan masa hujung minggu mereka untuk turun padang dan bersama-sama membersihkan serta menceriakan kawasan ini.

“Semangat perpaduan dan kerja berpasukan yang ditunjukkan amat membanggakan,” tambahnya.

Dalam program tersebut, beberapa isu komuniti turut dibangkitkan oleh penduduk setempat.

Pada masa sama, Sebastian memberi jaminan bahawa segala maklum balas dan kebimbangan akan dikumpulkan serta dibawa ke perhatian Majlis Bandaraya untuk tindakan susulan.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan isu-isu ini ditangani secepat mungkin,” ujarnya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pengsan ketika rekreasi, lelaki tua diselamatkan di Ulu Anap
Next: Gelanggang futsal baharu bakal dibina di Rumah Luna Patan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.