Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk kampung baiki sendiri jalan rosak
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk kampung baiki sendiri jalan rosak

Utusan Sarawak 2 months ago
JEJAS KESELAMATAN… Keadaan jalan raya yang mengalami kerosakan di Kampung Bungai, Bekenu.

BEKENU: Demi memastikan keselamatan penduduk, warga Kampung Bungai bergotong-royong membaiki jalan raya pada waktu malam.

Menurut penduduk Kampung Bujang Jamin, jalan kampung di sini sudah mulai sibuk, tambahan pula umat Islam kini menghitung hari bagi menyambut Aidilfitri.

KERJASAMA… Penduduk Kampung Bungai bergotong royong untuk membaiki jalan raya yang rosak demi keselamatan penduduk.

“Jalan terbabit telah rosak teruk dan berlubang besar, ia sangat bahaya kepada pengguna jalan raya, terutama pada waktu malam.

“Sementara menunggu pihak berkaitan membaiki jalan, penduduk kampung mengambil inisiatif membaiki sendiri jalan itu lebih awal sebelum perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya.

LANGKAH SEMENTARA… Keadaan jalan yang rosak setelah dibaiki oleh penduduk Kampung Bungai.

Kerosakan jalan raya ini berpunca daripada banjir yang melanda baru-baru ini dan usaha penduduk kampung berjaya membaiki kerosakan tersebut dengan menimbusnya dengan tanah.

Selain itu, insiden jalan runtuh turut dilaporkan berlakut berhampiran jambatan di Tamu Pantai Bungai.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Teruja masa operasi sempadan dilanjutkan
Next: Jambatan Jalan Council dinaik taraf kepada jambatan besi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.