Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penduduk diminta bersabar
  • SEMASA

Penduduk diminta bersabar

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN… Ying (tiga, kanan) menyerahkan penutup mulut dan hidung sumbangan daripada Kerajaan China kepada Charles (tiga, kiri).

AKUN GIMAN

SIBU:Penduduk bahagian ini yang masih belum menerima sumbangan topeng penutup mulut dan hidung daripada Kerajaan Sarawak diminta supaya bersabar kerana proses pengagihannya memerlukan masa.

Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw berkata, pengagihan di kawasan luar bandar akan dijalankan oleh jawatankuasa pembangunan di kampung dan rumah panjang.

“Proses pengagihan sumbangan topeng penutup mulut dan hidung kini sedang dijalankan.

Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada rakyat berpendapatan rendah dan ia diagihkan secara berperingkat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sebanyak 10,000 topeng penutup mulut dan hidung daripada Kerajaan China kepada petugas barisan hadapan Bahagian Sibu melalui Persatuan Foo Chow Sibu kepada Pejabat Residen Bahagian Sibu, semalam.

Siaw memberitahu sebanyak 50,000 paket dengan setiap paket mengandungi empat keping topeng penutup mulut dan hidung diperuntukan kepada penduduk bandar.

Mengulas lanjut sumbangan topeng penutup mulut dan hidung sumbangan Kerajaan China itu, Siaw berkata, sebanyak 1,200 paket akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan termasuk polis dan Rela.

“Mereka adalah termasuk seramai 995 petugas barisan hadapan di Sibu, Kanowit (143) dan Selangau (31),” ujarnya.

Katanya, sumbangan topeng penutup mulut dan hidung tersebut bertindak sebagai tambahan kepada sumbangan yang diterima daripada Kerajaan Sarawak.

Turut hadir ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Persatuan Foo Chow Sibu; Ying Tieng Chai.

Continue Reading

Previous: Taman BDC catat 37 kes jangkitan
Next: 135 pulih, 45 positif, satu kematian direkodkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.