Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk digalak sertai pelbagai kursus berkaitan pertanian
  • WILAYAH

Penduduk digalak sertai pelbagai kursus berkaitan pertanian

Utusan Sarawak 11 months ago
KENANGAN… Larry bergambar bersama peserta kursus kursus pengurusan dan penanaman kelapa sawit di Sungai Maram, semalam.

PAKAN: Pertanian komoditi berupaya meningkatkan sosioekonomi penduduk hasil daripada kenaikan harga komoditi lada dan sawit, kata Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien.

Oleh itu, beliau berharap penduduk di Parlimen Julau menyertai pelbagai kursus berkaitan dengan pertanian sama ada anjuran kerajaan mahupun agensi swasta.

Katanya, ia bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka terutamanya dalam pengurusan penanaman komoditi.

“Kegiatan pertanian ini merupakan satu cara yang terbaik untuk menjana pendapatan kita dan membantu meningkatkan ekonomi rumah tangga.

“Saya menyeru kepada penduduk, usahakan tanah yang masih kosong untuk kegiatan pertanian keluarga.

“Walaupun harga baja dan racun masih tinggi, tetapi ia tidak menghalang kita berbudi kepada tanah bagi menjana pendapatan,” katanya.

Larry yang merupakan Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) berkata demikian pada sesi penyerahan anak kelapa sawit dan bantuan baja kepada peserta kursus pengurusan dan penanaman kelapa sawit di Sungai Maram, semalam.

Program tersebut merupakan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Julau dengan kerjasama All Party Parliamentary Group Malaysia-Sustainable Development Goals (APPMG-SDG) dan telah diadakan sebanyak dua siri.

Dalam pada itu, seramai 30 orang peserta untuk siri kedua telah terlibat dengan program tersebut.

Larry berharap peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi sepanjang kursus ini.

“Jangan lokek untuk berkongsikan maklumat dengan rakan-rakan yang tidak mengikuti kursus ini agar kita bersama-sama memajukan diri dalam penanaman kelapa sawit.

“Saya juga berharap agar kursus seperti ini akan terus dianjurkan bagi menambah baik ilmu pengetahuan para pekebun kecil kelapa sawit di Pakan dan Julau,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Guna saluran tepat kemuka sebarang permohonan, cadangan
Next: 36 penerima DUN Dudong terima dana PPK berjumlah RM641,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.