Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk Daro tarik nafas lega
  • TEMPATAN

Penduduk Daro tarik nafas lega

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Safiee Ahmad merakam gambar ketika berkunjung ke Projek Sub Stesen SEB di Daro.

DARO: Projek   Sub Stesen  Sarawak Energy Berhad (SEB) yang bernilai RM330 juta dan siap pada penghujung 2018 itu melegakan penduduk tempatan di situ  yang sering mengalami bekalan elektrik terputus sebelum ini.

Pembinaan sub stesen itu mempertingkatkan  kapasiti bekalan elektrik  dari 33kv kepada  132kv  untuk menampung keperluan masyarakat di Daerah Daro dan sekitarnya.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Daro, Safiee Ahmad yang melawat sub stesen tersebut baru-baru ini berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak atas projek yang penting itu.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak  memandang serius permasalahan rakyat setempat dan dengan adanya sub stesen yang melibatkan peruntukan  besar demi kesejahteraan rakyat kawasan berkenaan,  khususnya  bekalan elektrik. 

“Terima kasih juga kepada  Kerajaan Sarawak  kerana meluluskan peruntukan untuk projek berkenaan dan seterusnya  menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini terutama berkaitan bekalan elektrik,” ujarnya.

Semasa lawatan peninjauan bekalan elektrik kawasan itu, beliau ditemani  Naib Presiden Pengagihan SEB, Yusri Safri.

Turut hadir, Pengurus Wilayah Wilayah Tengah Pengagihan SEB, Nazri Latif, HSS Pengurus Kanan SEB, Effendy Syaiful Abdullah, Ketua Polis Daerah Matu-Daro, DSP Neil Baginda,  Ketua Balai Jambatan Bomba dan Penyelamat Daro, Mohd. Nor Abdullah dan Jeanna Robert yang mewakili Pegawai Daerah Daro.  Lawatan ini juga turut disertai oleh Ketua-ketua Jabatan dan  Ketua Masyarakat, dengan  harapan Ketua Masyarakat  berkenaan dapat memberi info yang tepat  di kampung masing-masing terutama yang berkaitan dengan bekalan elektrik.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Kepulangan Sarkawi terus dinanti
Next: Operasi SAR mangsa baham buaya ditamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.