Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendidikan tunjang masa depan negara – Anyi Ngau
  • Utara
  • WILAYAH

Pendidikan tunjang masa depan negara – Anyi Ngau

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GIMIK…Dato Anyi Ngau menyempurnakan perasmian majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Marudi.

MARUDI: Pendidikan adalah tunjang utama dalam membina masa depan negara dan ia bukan sekadar proses menimba ilmu tetapi juga membentuk model insan yang berfikiran kritis, kreatif dan berdaya saing.

Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau berkata melalui pendidikan berkualiti, kita melahirkan generasi yang bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi juga memiliki jati diri, nilai murni dan kesedaran terhadap tanggunjawab sosial.

Menurut beliau Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha memperkukuh sistem pendidikan Negara yang mana antara fokus utama ialah bagi memastikan tiada anak Malaysia ketinggalan dalam pendidikan.

TAHNIAH…Dato Anyi Ngau bergambar bersama pelajar cemerlang di majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Marudi.

Selain itu katanya ia juga untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam pedagogi pengajaran, menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk revolusi industri 4.0 selain memberi perhatian kepada aspek psikososial dan kesejahteraan murid.

“Kita di Sarawak sangat bertuah di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang mana beliau berhasrat menjadikan negeri ini sebagai pendidikan unggul menjelang 2030,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Marudi diadakan di Dewan Suarah Marudi hari ini.

Tambah Anyi melalui Sarawak Maju Makmur 2030, kerajaan negeri komited dalam infrastruktur pendidikan canggih, pembangunan modal insan dan kerjasama strategik dengan industri.

“Justeru kita perlu bersedia dalam melakukan pembaharuan ke atas sistem pendidikan melalui inovasi dasar dalam strategi yang berterusan khususnya ketika Negara bakal melangkah ke arah revolusi industri yang mana pendidikan STEM dan TVET diperkasakan bagi mencapai matlamat ini.

Dalam pada itu tegas Anyi kaedah penyampaian pengajaran melibatkan ‘White Board’ dengan menyalin nota dan sesi kuliah atau kelas yang panjang sudah menjadi kurang berkesan terutama dengan kewujudan teknologi baharu yang menjadi gaya hidup generasi kini.

“Sistem pendidikan Negara perlu mengorak langkah ke arah pengajian yang dipandu teknologi digital yang bersifat interaktif dan fleksibel,” tegasnya.

Dalam pada itu kata Anyi, kejayaan pelajar bukan hanya tanggungjawab sekolah malah juga melibatkan peranan aktif ibu bapa dan masyarakat.

Tegas beliau kecemerlangan seseorang murid bukan hanya bergantung kepada pembelajaran semata-mata, ia sebenarnya turut dimainkan peranan ibu bapa dalam menentukan pencapaian dan hala tuju anak masing-masing.

Tambah beliau sikap mengambil berat dan memberi sokongan adalah rencah paling utama dalam menentukan kejayaan dalam pendidikan.

Pada majlis itu Anyi Ngau turut mengumunkan peruntukan MRP RM40,000 kepada pihak PIBG bagi melaksanakan aktiviti sekolah.

Sementara itu turut diumumkan lima pelajar cemerlang menerima anugerah iaitu Fifi Nur Farahdyia Morni menerima Anugerah Bintang Harapan, Medalinenna Henry menerima Anugerah Bintang Harapan Sukan, Dylan Houng Yu Chen menerima Anugerah Bintang Suri Lelaki, Chrystal Lai Jie Ying menerima Anugerah Bintang Suri Perempuan dan Emilia Mbang Musa menerima Anugerah Bintang Suri Tingkatan 6.

Turut berucap Pengetua sekolah tersebut Mohd Effendi Panglima dan YDP PIBG sekolah berkenaan Penghulu Blalang Atom.
Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM350,000 naik taraf Taman Lalulintas Sarikei – MOTS
Next: Pastikan rakyat nikmati kemajuan saksama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.