Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendidikan peringkat akar umbi perlu diberi tumpuan
  • TEMPATAN

Pendidikan peringkat akar umbi perlu diberi tumpuan

Utusan Sarawak 3 years ago

SEBAGAI KENANGAN… Awla Dris bergambar bersama penerima APC.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris amat menekankan kepentingan penggemblengan tenaga untuk memajukan bidang pendidikan dalam masyarakat setempat.

Menurut beliau, tumpuan utama harus lebih terarah kepada pengajian anak-anak bermula dari peringkat akar umbi.

“Keperluan dalam menjadikan seseorang anak untuk berjaya pada masa akan datang harus diutamakan oleh semua pihak khususnya dengan proses pembelajaran  di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan di salah sebuah hotel terkemuka di bandar ini semalam.

Terdahulu, beliau berharap adanya APC akan dapat meningkatkan aspirasi dalam kalangan tenaga pendidik kearah melahirkan modal insan yang berkualiti. “Dengan adanya APC ini akan dapat mewujudkan daya saingan warga pendidik kearah memajukan bidang pendidikan khususnya di Daerah Simunjan,” jelas beliau.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan, Hasbi Ancheh.

Oleh FATIN SYAHREZA

Continue Reading

Previous: Bantu GPS tuntut hak MA63
Next: SEDC digesa beradaptasi dengan perubahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.