Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendidikan di Tanjong Datu dapat perhatian
  • TEMPATAN

Pendidikan di Tanjong Datu dapat perhatian

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Jamilah merakamkan gambar bersama para pelajar yang menerima sumbangan.

LUNDU: Pendidikan di Tanjong Datu terus mendapat perhatian Kerajaan Sarawak demi melahirkan generasi muda pintar, kata Datuk Amar Jamilah Anu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu itu mengumumkan sumbangan bernilai RM78,000 diserahkan kepada 11 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 buah sekolah di kawasannya.

Jamilah percaya sumbangan itu bakal mendatangkan manfaat yang besar kepada pihak PIBG sekolah berkenaan dalam membantu pentadbirannya.

Menurut Jamilah, PIBG adalah pihak yang rapat dengan pentadbiran sekolah selain rapat dengan para pelajar.

“Hubungan rapat ini akan mendorong kecermelangan prestasi sekolah,” ujarnya pada Majlis Penyerahan Geran PIBG dan sumbangan Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2020 di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, baru-baru ini.

Sementara itu, majlis yang sama turut menyaksikan Jamilah menyampaikan sumbangan kepada 20 pelajar yang menyambung pelajaran ke IPT.

“Sumbangan ini adalah sebagai motivasi membantu anak-anak di Tanjong Datu di samping dapat membantu serba sedikit perbelanjaan mereka nanti,” jelasnya.

Selain itu, Jamilah turut menyampaikan bantuan perubatan kepada tiga pesakit kronik di kawasannya.

“Saya berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan perubatan masing-masing,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani dan Pemanca Bentani Suni serta ibu bapa pelajar.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Hadiah istimewa untuk Kapit
Next: Projek jambatan gantung beri manfaat kepada rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.