Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendekatan terbaik pendidikan untuk anak-anak
  • TEMPATAN

Pendekatan terbaik pendidikan untuk anak-anak

Utusan Sarawak 5 years ago
DR. Hazland Abang Hipni bergambar bersama ibu bapa yang menyertai Majlis Penangguhan Bengkel Keibubapaan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Kuching di Pusat Konvensyen Centre Demak, baru-baru ini.

KUCHING: Ibu bapa dan penjaga perlu bersama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan agensi lain dalam mencari dan memastikan pendekatan terbaik untuk anak-anak mendapat pendidikan sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni berkata, menerusi Bengkel Keibubapaan ini, ianya merupakan platform terbaik untuk berkongsi ilmu antara jabatan serta agensi yang dijemput bersama-sama dengan ibu bapa atau penjaga.

“Antara objektif pelaksanaan bengkel ini ialah mewujudkan kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak Tabika dan di rumah dan memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa atau penjaga dalam bidang pendidikan anak-anak.

“Selain itu, ia memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan makanan sihat dan berkhasiat sertta amalan pemakanan yang baik untuk anak-anak dan memberi kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga mengenai kepentingan perkembangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun.

“Juga, meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dan memberikan pendedahan berkenaan isu-isu semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penangguhan Bengkel Keibubapaan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Kuching di Pusat Konvensyen  Demak baru-baru ini.

Bengkel kali ini melibatkan penyertaan 730 orang iaitu  41 buah kelas Tabika dengan kanak-kanak seramai 690 orang dan dua buah Taska dengan kanak-kanak seramai 42 orang.

Beliau turut menyeru ibu bapa dan penjaga supaya terus memberikan sokongan kepada pendidikan awal kanak-kanak sama ada di peringkat Tabika mahupun Taska untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik demi masa depan mereka.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Mural saiz mega tarikan baharu Subis
Next: KPDNHEP perlu bantu mudahkan ‘transporter’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.