Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pendapatan Sarawak dijangka melepasi RM13 bilion tahun ini – Abang Johari
  • BISNES
  • SEMASA

Pendapatan Sarawak dijangka melepasi RM13 bilion tahun ini – Abang Johari

Utusan Sarawak 8 months ago

Abang Johari berucap pada majlis pecah tanah projek mendalamkan terusan dan kerja-kerja berkaitan Delta Batang Baram hari ini. Foto UKAS

MIRI: Hasil pendapatan Sarawak bagi tahun ini dijangka lebih tinggi berbanding tahun lalu, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata ini berikutan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan.

“Pendapatan untuk 2024 mungkin lebih tinggi berbanding tahun lalu. Saya akan umumkan pada November nanti,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek mendalamkan terusan dan kerja-kerja berkaitan Delta Batang Baram di sini, hari ini.

Sarawak telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai. Pada 10 tahun lalu, pendapatan negeri ini hanya kira-kira RM4 hingga RM6 bilion.

Pada 2 Feb lepas, Abang Johari berkata Sarawak telah merekodkan pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi tahun 2022.

Premier Sarawak berkata Bank Dunia telah mengiktiraf pencapaian ekonomi negeri ini bagi 2022 dan 2023.

“Semua ini kerana wawasan Sarawak serta komitmen pertumbuhan ekonomi menerusi inovasi, pelancongan dan pembangunan mampan,” katanya.

Continue Reading

Previous: Festival Sastera Kanak-Kanak Sarawak tampil lebih 50 rakan kerjasama
Next: Kerajaan Sarawak tubuh j/kuasa khas bantu masyarakat Penan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.