Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendaftaran Sarawak ID, SPay Global sasar penerima SKAS
  • Selatan
  • WILAYAH

Pendaftaran Sarawak ID, SPay Global sasar penerima SKAS

Utusan Sarawak 2 months ago
LIBAT urus pendaftaran mendapat sokongan daripada Pejabat Daerah Gedong serta Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan bantuan Sukarelawan Satok untuk mempercepatkan proses pendaftaran dan permohonan. Foto UKAS

GEDONG: Satu sesi libat urus pendaftaran Sarawak ID dan Sarawak Pay (SPay) Global telah diadakan bersama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Daerah Gedong, di Dewan Masyarakat Gedong, hari ini.

Program itu bertujuan memudahkan masyarakat setempat dalam mendaftar serta memahami manfaat yang ditawarkan oleh kedua-dua platform tersebut.

Menurut Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Samat Gani, sesi libat urus ini merupakan pendaftaran peringkat kedua bagi Daerah Gedong.

SUKARELAWAN melakukan proses pendaftaran salah seorang penerima SKAS di Dewan Masyarakat Gedong.
Foto UKAS

“Sesi ini adalah untuk memastikan tiada penerima yang tercicir dalam menerima bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar seperti Daerah Gedong,” ujarnya.

Dalam sesi tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa seramai 626 penerima yang layak di Daerah Gedong belum mendaftar untuk bantuan SKAS.

Oleh itu, sesi ini diadakan untuk membantu mereka yang layak serta memberi ruang kepada mereka yang tidak layak untuk mendaftar bagi proses rayuan.

Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mendaftar Sarawak ID dan SPay Global yang mana pendaftaran dijalankan dengan bantuan daripada pegawai yang berpengalaman serta sukarelawan yang terlatih.

Program ini turut mendapat sokongan daripada Pejabat Daerah Gedong serta Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan bantuan dari pihak Sukarelawan Satok yang mempercepatkan proses pendaftaran dan permohonan berkaitan.

“Kerjasama ini amat penting dalam memastikan program ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak. Kami sangat menghargai sambutan baik daripada penduduk setempat yang hadir untuk mendaftar dan menerima bantuan yang disediakan,” katanya lagi.

Program dua hari ini juga dilaksanakan serentak di Dewan RTC Munggu Lalang, Ulu Gedong.

Turut hadir, Pemanca Abang Ronnie Abang Sa’adeli dan Penghulu Adian Salleh.

Pihak penganjur berharap agar sesi libat urus ini dapat diteruskan di kawasan lain bagi memastikan lebih ramai rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 1,000 bungkus bubur pedas diagihkan kepada penduduk
Next: Wanita PBB Kalaka agih bubur pedas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.