Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pendaftaran bantuan wang saku RM1,200 untuk pelajar Sarawak dibuka penghujung bulan ini
  • SEMASA

Pendaftaran bantuan wang saku RM1,200 untuk pelajar Sarawak dibuka penghujung bulan ini

Utusan Sarawak 1 month ago
DR ANNUAR…..Ketika ‘Berjarah Raya’ di beberapa kediaman di Kampung Hilir, malam tadi. – Foto Facebook Dr Annuar Rapa’ee

SIBU: Pendaftaran bagi bantuan wang saku berjumlah RM1,200 kepada pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara dijangka dibuka pada penghujung bulan ini, manakala pembayaran akan dibuat bermula Jun.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, memaklumkan perkara itu kepada media selepas menghadiri program ‘Berjarah Raya’ di beberapa kediaman di Kampung Hilir, malam tadi.

Menurutnya, kementeriannya telah memuktamadkan perbincangan dengan platform e-dompet S-Pay Global berkenaan kaedah pengagihan dana tersebut.

“Bantuan kewangan ini akan disalurkan dalam dua fasa, iaitu RM600 terlebih dahulu, diikuti baki RM600 kemudian,” jelasnya.

Dr Annuar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, meminta para pelajar bersabar memandangkan pelaksanaan inisiatif baharu seperti ini lazimnya mengambil sedikit masa sebelum dapat dijalankan sepenuhnya.

Inisiatif bantuan wang saku ini diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika ucapan penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada November tahun lalu.

Pada peringkat awal, bantuan ini disasarkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Namun, susulan maklum balas daripada ahli-ahli DUN, skopnya telah diperluas untuk merangkumi semua pelajar Sarawak, tanpa mengira latar belakang pendapatan isi rumah.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak pacu peralihan ekonomi, kurangkan kebergantungan kepada hasil hutan
Next: 365 pemilik tanah terima pampasan RM6.79 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.