TENDANGAN penalti lewat Newcastle merampas keputusan seri 1-1 di Tottenham kelmarin dan mencetuskan perdebatan baru mengenai peraturan bola terkena tangan.
Tottenham mendapati diri mereka sudah ketinggalan lima mata di belakang Foxes dan Everton di tangga teratas setelah membiarkan dua mata tergelincir daripada aksi dominan menentang Newcastle dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspurs.
Hanya penyudahan Lucas Moura pada minit ke-25 yang dapat disajikan oleh Spurs dalam separuh pertama yang penuh dengan peluang ketika Karl Darlow bertindak cemerlang menyelematkan tiga percubaan daripada Harry Kane dan percubaan Son Heung-min dua kali terkena palang.
Newcastle bahkan tidak mencatat sebarang percubaan tepat pada sasaran sehingga mereka diberi penalti lima minit dalam masa kecederaan selepas tandukan Andy Carroll terkena lengan Eric Dier dan pengadil Peter Bankes memberikan sepakan penalti setelah meninjau kejadian di monitor di tepi lapangan.
Hugo Lloris berjaya mencapai sepakan penalti Callum Wilson tetapi tidak dapat menghalang bola daripada melepasi garisan gol walaupun bos Magpies, Steve Bruce berjaya melepaskan diri dengan satu mata.
“Ini adalah omong kosong,” kata Bruce mengenai sepakan penalti. “Kita harus melalui gelung, tapi saya hampa jika kami berhadapan dengan situasi seperti itu,” soalnya.- AFP