Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemuda PBB Bukit Sari angkat sukan tradisi gasing untuk generasi muda
  • SUKAN

Pemuda PBB Bukit Sari angkat sukan tradisi gasing untuk generasi muda

Utusan Sarawak 3 hours ago
PELIHARA WARISAN… Faizan menyampaikan hadiah kemenangan berupa wang tunai RM1,000 kepada pasukan Sinaran BLST dari Kampung Belangsat Lawas.  

LAWAS: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari menyantuni rakan akar umbi menerusi penganjuran Pertandingan Gasing Tradisi Borneo anjuran GT4K (Gasing Tradisi 4 Kampung).

Timbalan Ketua Pemuda PBB Cawangan Bukit Sari Faizan Abdul Rahman memberitahu pertandingan berkenaan melibatkan Kampung Sualai, Kampung Belangsat, Kampung Belipat dan Kampung Serdang.

Sementara itu, Pengerusi GT4K, Rafie Ladang berkata pertandingan tersebut bukan sekadar persaingan semata-mata, malah menjadi platform untuk memajukan dan mempertahankan sukan tradisi gasing agar terus dikenali oleh masyarakat masa kini.

Kejohanan tersebut berjaya menghimpunkan sebanyak 28 pasukan dari Brunei Darussalam, Sarawak dan Sabah bagi memeriahkan sukan tradisi warisan masyarakat Borneo.

Pertandingan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan itu menyaksikan pasukan Sinaran BLST dari Kampung Belangsat, Lawas, Sarawak muncul sebagai johan melalui aksi cemerlang sepanjang kejohanan.

Naib johan pula dimenangi oleh pasukan Jaopalisz dari Kampung Sualai, Lawas, Sarawak, manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Threesome UM dari Kampung Ulu Merapok, Lawas, Sarawak dan Kampung Boy KB Square dari Kampung Seputol, Sabah.

Pertandingan tersebut turut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat dan peminat sukan tradisional yang hadir bagi menyaksikan kehebatan pemain gasing dari seluruh Borneo.

Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan warisan budaya tradisional terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi muda.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: ASN 2025: Tang Jie-Ee Wei dinobat olahragawan, olahragawati kebangsaan
Next: Tang Jie-Ee Wei mahu cipta legasi seperti Chong Wei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.