Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pemuda dihukum gagal daftar diri mohon kad pengenalan dalam tempoh ditetapkan
  • MAHKAMAH

Pemuda dihukum gagal daftar diri mohon kad pengenalan dalam tempoh ditetapkan

Utusan Sarawak 5 months ago

SIBU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman denda RM500 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Lesmon Samoel Kiong, 24, didakwa gagal mendaftarkan diri bagi memohon kad pengenalan dalam tempoh yang telah ditetapkan di bawah Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Lesmon dituduh melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Lembangan pada 28 November 2024, kira-kira 10.00 malam.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pihak polis telah menahan tertuduh kerana disyaki terlibat dengan kes curi dan pecah rumah.

Ketika disiasat, tertuduh gagal memberi penjelasan memuaskan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika ditahan.

Tertuduh memberitahu kad pengenalannya telah hilang dan lupa untuk mendapatkan kad pengenalan baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun semakan dengan JPN mendapati tertuduh tidak mempunyai rekod bagi memohon kad pengenalan atau usaha mendaftar identitinya dengan JPN. 

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dikenakan hukuman denda RM300 atau penjara seminggu oleh mahkamah sama bagi kesalahan gagal mengemukakan kad pengenalan diri ketika diperiksa.

John Chua, 44, dituduh melakukan kesalahan itu ketika ditahan pihak polis di tepi Jalan Maju pada 28 November 2024, sekitar 11.00 malam.

Mengikut fakta kes, Chua ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kes pecah rumah dan curi.

Ketika diminta menunjukkan pengenalan diri oleh pihak polis, tertuduh gagal berbuat demikian. 

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh telah melanggar Peraturan 25(1)(a) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan dihukum di bawah peraturan sama. 

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau keduda-duanya.

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah percutian bersama keluarga – Najib
Next: Mahkamah Majistret hukum dua individu dalam dua kes berasingan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.