Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemuda Balingian anjur Program OTG Community
  • TEMPATAN

Pemuda Balingian anjur Program OTG Community

Utusan Sarawak 5 years ago
PASANG TELINGA… Ghazali (kiri) sedang mengatakan sesuatu kepada peserta gotong-royong OTG.

BALINGIAN: Program OTG (On-The-Go) Community, Pemuda Balingian, telah diadakan di Dewan Serbaguna Bayan Tasik,  dekat sini,  pada hujung minggu lalu dan diisi dengan aktiviti  gotong-royong membersihkan sekitar dewan.

 Pemuda Ranting Bayan Tasik turut menghulur bantuan untuk mengecat gelanggang badminton bagi keperluan riadah komuniti di sekitar kawasan Bayan Tasik, Badengan dan Matading.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Che Ghazali Arb, yang merupakan tetamu kehormat  menyatakan sokongannya terhadap program tersebut.

“Program sebegini boleh menggalak dan mempertingkatkan penyertaan rakan pemuda dan belia  dalam aktiviti-aktiviti  komuniti setempat,” ujarnya.

Justeru, beliau menganggap ia sebagai mencapai objektif pelaksanaan program yang berorientasikan kerjasama  berkenaan.

“Program OTG jelas telah mencapai objektif pelaksanaannya, hasil kerjasama pemuda dalam penglibatan mereka dalam program kemasyarakatan khasnya. Gunakan sebaik-baiknya dewan serbaguna yang telah dibina oleh kerajaan ini untuk sebarang penganjuran aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat,”  tambah Ghazali.

Sementara itu, ahli jawatan kuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan Balingian, Boney Kinsun juga  bersependapat dengan Ghazali dan berkata  semua  kerja dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat melalui aktiviti seperti ini.

“Maka, kita sentiasa menyokong sebarang aktiviti sebegini, dan ia dapat mengelakkan  belia-belia dari gejala yang tidak sihat dan negatif,” katanya..

 Program OTG Community merupakan aktiviti Pemuda PBB Cawangan  Balingian untuk mendekati masyarakat, khususnya di kawasan DUN berkenaan.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Jadikan pusat ibadat untuk bina ukhuwah
Next: Keluar/Masuk Sarawak perlu Surat Arahan Rasmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.