CHERYL LAW
KUCHING: Kebanyakan pemilik kedai sudah melakukan persediaan operasi perniagaan untuk memulakan operasi bermula 12 Mei.
Seorang Penolong pengurus Sharifah Trading Sdn Bhd, Zunainah, berkata, untuk pembukaan operasi perniagaan hari ini, pelanggan boleh masuk seperti biasa.”Persediaan setakat ini baik dan seperti biasa,” katanya.
Menurutnya, mereka kena pakai penutup hidung dan mulut kalau masuk. Kalau tIdak pakai penutup hidung dan mulut tidak boleh masuk.
“Selain itu, mereka kena memeriksa suhu terlebih dahulu. Kalau lebih 37.5 darjah celcius tidak boleh masuk. Kami juga ada memberi pelanggan mengguna cecair pembersih tangan sebelum masuk,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, Pelanggan yang masuk perlu melakukan penjarakan sosial dan hanya lima pelanggan boleh berada di dalam premis. Kami akan beroperasi dari jam 9 pagi sampai 5 petang.
Ujar Zunainah, harapan saya agar syarikat akan terus berkembang dan lebih maju pada masa akan datang.
Sementara itu, seorang penyelia pasar raya CS, Ember Ang berkata, kami akan beroperasi dari jam 10 pagi hinggan jam 10 malam.
“Pelanggan yang masuk ada had juga. Sebelum ini, kami menghadkan sebanyak empat orang saja boleh masuk tetapi sekarang lima orang untuk masuk ke dalam.
“Mereka yang nak masuk perlu menggunakan cecair pencuci tangan, memeriksa suhu dan memakai penutup hidung dan mulut.
Tambah Ember, kebaikan prosedur operasi standard (SOP) ini boleh mencegah virus dan orang ramai mengikut semua undang-undang yang ditetapkan supaya kita dapat menghapuskan virus ini dengan secepat yang mungkin.
“Saya berharap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini habis dengan cepat supaya dapat kembali ke keadaan asal,” katanya.