Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemenang lima pingat Olimpik, Daley umum bersara daripada sukan terjun
  • SUKAN

Pemenang lima pingat Olimpik, Daley umum bersara daripada sukan terjun

Utusan Sarawak 9 months ago
ATLET Britain, Tom Daley, penerjun berusia 30 tahun yang memenangi pingat emas di Tokyo pada 2021 dan koleksi pingat Olimpik kelimanya dengan pingat perak dalam acara 10 meter seirama di Paris mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

LONDON: Atlet Britain, Tom Daley mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Penerjun berusia 30 tahun itu yang memenangi pingat emas di Tokyo pada 2021, mendedahkan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menamatkan kariernya semasa wawancara dengan British Vogue.

Daley yang menambah koleksi pingat Olimpik kelimanya dengan pingat perak dalam acara 10 meter seirama di Paris, berkata: “Ia terasa sangat, sangat aneh”.

“Saya berasa amat gementar untuk menghadapi ini, mengetahui ia adalah Olimpik terakhir saya. Terdapat banyak tekanan dan harapan. Saya sangat bersemangat untuk menyelesaikannya.

Tetapi apabila saya keluar dan melihat Lance dan anak-anak saya (Robbie dan Phoenix) serta rakan-rakan dan keluarga saya dalam kalangan penonton, saya terfikir, inilah sebabnya saya lakukan ini.

Ia sangat emosional di penghujung, di atas platform, mengetahui itu adalah terjunan kompetitif terakhir saya. Tetapi saya perlu membuat keputusan ini pada suatu ketika, dan ia terasa seperti waktu yang tepat. Inilah masa yang sesuai untuk menamatkannya,” katanya. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Olimpik Paris: Panipak Wongpattanakit pertahan emas taekwondo 49kg wanita
Next: SUKMA XXI Sarawak 2024: Fung hadiahkan pingat pertama buat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.