Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan MTL di kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemantauan MTL di kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMANTAUAN… Anggota bomba memantau keadaan paras air di sungai berhampiran perumahan Taman Bintang, malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Dua anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) di kawasan rendah berisiko banjir pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pemantauan tersebut dijalankan di sungai berhampiran perumahan Taman Bintang.

“Rondaan pemantauan dijalankan selama 30 minit bermula 10.00 malam.

“Semasa pemantauan, didapati keadaan paras air dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, air sungai sedang pasang semasa anggota bomba menjalankan pemantauan.

“Keadaan di kawasan rondaan dalam keadaan baik dan trend air pasang.

“Pemantauan paras air selesai sepenuhnya pada 10.30 malam.

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK digesa sampaikan maklumat pembangunan kepada penduduk
Next: Semangat perpaduan terus diperkukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.