Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu maut, lima lagi cedera 4WD terjunam dalam gaung
  • KEMALANGAN

Pemandu maut, lima lagi cedera 4WD terjunam dalam gaung

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BELAGA: Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Jiwa Murni, di sini, semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Wielie Blata, 48, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) Bintulu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 42 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Toyota Prado telah terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.

“Terdapat enam mangsa dewasa dalam kejadian itu, membabitkan tiga lelaki dan tiga wanita. Empat daripada mereka telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Belaga,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang lagi mangsa wanita yang mengalami kecederaan di kepala dikeluarkan dari gaung menggunakan ‘scoop stretcher’ oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu kenderaan dipercayai tersepit selepas dihempap kenderaan yang terbalik dan hanya berjaya dikeluarkan selepas pasukan bomba menggunakan jentera bagi menarik kenderaan tersebut.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Bintulu dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai disahkan individu dilaporkan hilang
Next: Lelaki maut, kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.