Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu lori tertimbus lumpur lebih tujuh jam disahkan meninggal dunia
  • KEMALANGAN

Pemandu lori tertimbus lumpur lebih tujuh jam disahkan meninggal dunia

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam timbunan lumpur selepas lori muatan premix yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Batang Lupar-Sadong, Sebuyau, hari ini.

SEBUYAU: Seorang pemandu lori yang tertimbus dalam timbunan lumpur selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Batang Lupar-Sadong di sini, pagi tadi disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan petang ini.

Mangsa dikenali sebagai Richmond Pusai, 27, beralamat kediaman di Taman Maliha, Matang.

Difahamkan, mendiang meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

Dalam kejadian kira-kira 7.00 pagi itu, lori muatan premix yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas tayar hadapan pecah sebelum terbabas dan terbalik ke kawasan berlumpur di tepi jalan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samarahan, Mirza Dzalmira Miraj memaklumkan, mangsa berjaya dikeluarkan sekitar 2.50 petang selepas lebih tujuh jam operasi menyelamat dijalankan.

Menurutnya, operasi berdepan kesukaran berikutan keadaan lori yang tenggelam dalam lumpur tebal selain risiko runtuhan tanah di kawasan kejadian.

“Ketika operasi dijalankan, hanya bahagian atas kepala mangsa dapat dilihat manakala seluruh badan masih tertimbus di bawah timbunan lumpur,” katanya.

Tambah beliau, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Asajaya digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 49 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 7.56 pagi dan mendapati mangsa tersepit serta tertimbus di dalam ruang lori yang dipenuhi lumpur.

“Operasi menyelamat dijalankan dengan menggali timbunan lumpur di bahagian ruang dalam lori selain menggunakan bantuan kren dan jengkaut bagi mengalihkan lori untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Tiga cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Debak
Next: Kemalangan kendiri ragut nyawa penunggang motosikal di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.