Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu, kelindan lori cemas terlibat dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Pemandu, kelindan lori cemas terlibat dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 4 months ago
KEMALANGAN kendiri di Jalan Sungai Padi melibatkan sebuah lori, awal pagi tadi. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seorang pemandu dan kelindan lori cemas apabila lori yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan kendiri di Jalan Sungai Padi pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.26 pagi. 

“Sepasukan bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah lori terlibat dengan kemalangan kendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, lori tersebut dalam perjalanan dari Bintulu menghala ke Kuching.

“Tiada tindakan operasi menyelamat dilakukan. Pemandu dan kelindan lori berjaya keluar dari lori sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pasukan bomba hanya membuat pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kemalangan bagi memastikan keadaan selamat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia
Next: Suami isteri maut kenderaan bertembung lori pengangkut batu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.