Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemandu bas ekspres ditahan, positif dadah
  • JENAYAH

Pemandu bas ekspres ditahan, positif dadah

Utusan Sarawak 2 months ago
DALAM Operasi Khas HRA 2025 JPJ Sibu, seorang pemandu bas ekspres didapati positif dadah di Sibu.

SIBU: Seorang pemandu bas ekspres didapati positif dadah dalam Operasi Khas Hari Raya Aidifitri (HRA) 2025 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu, semalam.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, Azimah Marsid berkata ujian di lapangan mendapati pemandu berusia 68 tahun itu didapati positif mengambil dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), Methamphetamine dan ketamin.

“Pemandu itu kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. AADK Sibu juga akan menghantar laporan lengkap kepada Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Beliau berkata selepas proses berkenaan selesai, AADK akan memohon perintah mahkamah sama ada pemandu itu perlu menjalani program di pusat pemulihan penagihan narkortik (Puspen) atau pengawasan dalam komuniti.

“Lelaki yang memandu bas bagi perjalanan Sibu ke Kapit itu merupakan antara 10 pemandu bas yang menjalani ujian saringan air kencing semasa operasi yang dijalankan di Terminal Bas Jalan Pahlawan di sini,” katanya. 

Sementara itu, Azimah berkata AADK Sibu akan sentiasa bekerjasama dengan pihak JPJ bagi mengesan pemandu-pemandu kenderaan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di daerah ini dari semasa ke semasa. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis buru lelaki lepaskan tembakan mercun ke arah orang ramai
Next: Tiga lelaki lari pemeriksaan polis diberkas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.